Monday, June 22, 2009

Kata-kata yang indah.Jemputlah baca..huhuhu..

  • Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tak peduli sayang gila kat kita..Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita sayang gila selalu sakitkan hati dan kita tak pernah sedar kita bukannya sempurna untuk menempatkan orang yang sangat sempurna dalam hidup kita..Dan kita bukan siapa-siapa untuk buat orang menyanyangi kita macam mana kita sayang dia..Sebab kita cuma manusia biasa..Tapi suatu hari nanti dia akan sedar semua ini bila kita dah tak da hati kat dia, bila dia kehilangan kita..Tapi masa tu semuanya dah tak bermakna..
  • Di antara kita tersimpan satu rasa cinta..Andai kita disatukan, maka terjalin sebuah ikatan di antara kita memang punya citarasa yang sama, kita pastikan bersama walaupun masa belum menentukan, engkau dan jua aku jangan dipisahkan, tiada yang rela, pertahankan juaperhubungan kita selagi terdaya, berdoalah kita agar tali kasih ini direstui, jujur dan selagi percaya haruslah ada dalam bercinta, akan daku berjanji tak kan mungkiri, dan itulah yang pasti, engkau takkan aku duakan kerana di antara kita punya cinta yang sama, kau dan aku akan bersama , tiada yang dapat memisahkan kita.
  • Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
    Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri. Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
    Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan. Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?” Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.
  • Kita ada 1 saja hati, jika gembira, hati itulah, jika bertakwa, hati yang 1 itu juga. Jika terluka, hati yang 1 itu. Terlalu SATU untuk banyak perkara. Maka, jagalah hati mu dan hati-hati yang menyanyangimu. Semoga sentiasa dalam redha ALLAH S.W.T...
  • Hadiahkan ku seteguk Sayang bak AL-FATIHAH yang penyanyang kirimkanku. Sesuci Kasih bak AL-IKHLAS yang bersih putih. Bisikkan ku Cinta di hati bak YASSIN yang kau Pinta! Leraikan ikatan kusut Pasrah di dalam ALAM NASYRAH. Limpahkan ku senyuman dengan Seri wajah AR-RAHMAN. Hulurkan tanganmu bersama sujud AS-SAJJADAH

Tuesday, June 16, 2009

Sem nie ada 1 final projek dan 3 projek.....PENINGNYER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semester nie betul2 peningkan aku...banyak gyler assingment...Alhamdulillah, masih boleh handle lagi...kalau x, pale pun boleh jam...hehehe...

Tapikan yang final projek tu kene wat jual tudung secara online ar...so, kene cari pembekal tudung...2 lagi masalah...pening2...ner pula nak cari, adush...camner nak wat? Pening siot...dala kene present kat depan semua lecturer fakulti aku...takut 2...SAPER LEH TOLONG JADI PEMBEAL TUDUNG KAT AKU?

Ehm yang lagi 3 assingment ni pula, kene wat satu system untuk kelab rakan muda, kene jual donat dan jual baju moden tuk perempuan...pergh lagi bertambah pening aku...tapi rasa seronok ar...kire lagi faham kalau wat semua nie...nak praktikal pun sonang...taklah terkial-kial na wat...hahahaha...

Doakan tu aku...supaya berjaya buat keempat-empat projek nie...InsyaALLAH...