Monday, September 28, 2009

29.09.2009 [Tarikh yang bermakna bg 2 orang]


Si kecik ni nama die Nurul Faqihah binti Shahril Haizam...dilahirkan pada 29.09.2005...so umo die pd tahun nie 4 tahun...die merupakan seorag budak yang comel, ngada2, manja, dgr ckp dan anak bongsu dlm keluarga kakak aku...kirenye die merupakan anak buah aku...hehehe...comelkan mcm muka aku, masa eciklah...hehehe...

Bila mrh sikit jer da mengajuk...beselah mengada2 katakan...nak pujok punya lah susah...tp klu pujok ngn bg coklat ke gula ke pape lah...gerenti da x mengajuk...geram juga lah klu nak pujuk die...menyampah betul...tapi klu da xmerajok...die punya perangai baik die, membuatkan aku lagi syg kat die...hehehe...die paling rapat ngn au antara adik beradi aku...

Die susah sikit nak kat orang...lg lah org geram kat die...bila org len nak amik die, trus menjerit mcm dunia nie gegar...cuba bayangkan mcmne die menjerit...mendahsyatkan taw...gerun tu...hahaha...die ngn atuk n nenek die pun susah nak...tp kene ada upah bwu lah nak kat org tu...

Bagi aku die lah selalu wat aku gelak bila aku sedih...hehehe...ngn manjaan die tu...apa2 pun aku sayangkan die...kami semua panggil die adik...ADIK, UCU SAYANG ADIK.!!!!!!

Lagi sorang ialah seorang yang pernah membuka pintu hati aku buat kali ke dua...die lahir pada 29.09.1987, kira umo die tahun nie 22 tahun...SELAMAT HARI LAHIR AWAK!!!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Cintakan ALLAH Sebagai Sumber Kekuatan

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh.

Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup. Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah taala. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya.

Lebih sesuai untuk menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w.,

“ Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.” Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..



Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan ‘syurga’ dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, syaitan, juga syaitan manusia.

Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan relisi kita dengan Tuhan.

Tuhanlah matlamat kita.

Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana?

Tidak lain tidak bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq. Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.

Cinta kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud. Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul.

Zuhud dalam ertikata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan akhirat.
Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan.

Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah taala.
Namun sekiranya lar-lar harta itu membuatkan kita semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan ini bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.

Firman Allah, “Kekayaan telah melalaikanmu,” ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah.

Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!

Kenapa perlu berzuhud? Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara.

Antaranya:

PERTAMA


Ia berpura-pura kekal bersama kita.

Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, “ Selamat tinggal,” kepada kita.

Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

KEDUA

Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat.

Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa. Inilah wajah dunia.



Senjata seterusnya untuk membentengi iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah taala ialah tafakur. Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali!

Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal.

Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu? Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.

Harta semakin betimbun rimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu.

Kelak tidak berharga serimis pun! Kepedihan meninggalkan dunia, di akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninggalkan dunia, di akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah. Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU : Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA: Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

TIGA : Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT:Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA : Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM : Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.
Janganlah teragak-agak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya. Amien.

Wallahu'alam.

(Rujukan: Al-Hub ila Allah karangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi , Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutalib)

Zakat Fitrah Rahmat Aidilfitri Untuk Orang Miskin

Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan. Ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua'fa (orang lemah).

Jelasnya, dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin. Zakat fitrah adalah tuntutan yang wajib ditunaikan apabila seseorang memenuhi syaratnya. Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada Ramadan segantang tamar atau segantang gandum atas orang Islam sama ada hamba sahaya atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar."

Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima. Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat. Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.

Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar. Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat. Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.



Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: "Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagai menyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan untuk menjadi makanan pada orang miskin." Islam menetapkan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang mengambil mudah kewajipan berzakat fitrah. Mereka terlupa mengeluarkannya hingga tiba Aidilfitri. Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri. Perkara ini ada disebut Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; "Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkan ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya. Dengan segera mengeluarkan zakat, wang itu dapat diagihkan segera kepada mereka yang memerlukan dan berhak menerimanya.

"Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, muallaf yang dijinakkan hatinya dan hamba yang ingin membebaskan diri (diberi peluang menebus diri tetapi tidak mampu), orang berhutang. Orang yang berjuang di jalan Allah dan orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan, sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Saturday, September 05, 2009

MATAHATI

Rasulullah S.A.W. mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya al-Akra' bin Habis al-Tamimi, maka al-Akra' berkata: "Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka." Maka Rasulullah memandangnya kemudian berkata: "Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang.

Tip untuk Kekasih
  • Kasihlah kerana ALLAH, itulah kasih yang sejati dan abadi.
  • Kasihi dahulu, kemudian baru dikasihi.
  • Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tiada akan berpanjangan.
  • Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menuntut balasan.
  • Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi.

Hakikat Puasa

Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa perlu dizahirkan dalam lima perkara iaitu:

  • Penglihatan : merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati ALLAH.
  • Lisan : lidah perlu dipelihara daripada berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
  • Pendengaran : menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.
  • Anggota yang lain : menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya daripa melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain.
  • Hati : setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima ALLAH perlu menghiasi ibadah puasa.

Adab Bersedekah

  • Menyembunyikan sedekah
Ibarat tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan. Firman ALLAH, "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu." (Surah al-Baqarah 2 : 271)

  • Tidak menyebut-nyebut
Perbuatan mengungkit sedekah yang telah diberikan ibarat menghapuskan kebaikan yang telah dibuat. Firman ALLAH, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-neyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)." (Surah al-Baqarah 2 : 264)

  • Sedekahkan sesuatu yang terbaik
Firman ALLAH, "Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya." (Surah al-Baqarah 2 : 267)

  • Menganggap sedekah kita kecil
Jika kita merasakan apa yang diberi sesuatu sumbangan yang besar, dikhuatiri wujud sifat dan riyak dalam diri.

  • Sedekah kepada yang memerlukan
Memberikan sedekah kepada orang yang melakukan ketaatan, orang yang baru masuk Islam atau kepada orang yang diharap akan mendapat hidayah dari ALLAH untuk masuk Islam.