Friday, July 10, 2009

Kawan Oh Kawan....

Kadang-kadang kita impikan kawan yang memahami kita dan sayang akan kita macam mana kita sayangkan mereka...Tetapi kita dapat kawan yang makan kawan...

Kadang-kadang kita dapat kawan yang selalu bersikap tidak senang pada pandangan orang lain, sedangkan kawan itulah yang selalu ambil berat, penyanyang, dan semua sikap yang kita impikan pada kawan yang selalu tikam kita dari belakang tanpa kita sedari...

ALLAH S.W.T. itu maha adil...DIA ingin menguji hamba-hambaNYA dalam segi semua aspek, termasuk memilih kawan...Bila ita dah dapat memilih kawan yang sempurna, kita harus lagi kenali akan siapa dia untuk kita berkongsi masalah, adakah dia layak untuk kita berkongsi masalah bersama atau pun dia berkongsi masalah kita dengan orang lain juga...

Kadang-kadang kawan yang tidak selalu dengan kita adalah kawan yang betul-betul kita cari...kerana itu adalah kawan yang memahami apa yang kita hadapi dan selalu memberi nasihat walaupun jarang berhubung...

Kadang-kadang kawan yang selalu berjanji manis untuk menjadi sahabat dunia akhirat dan sentiasa dengan kita adalah kawan yang sentiasa berkongsi masalah kita dengan orang lain walaupun telah di amanahkan supaya jangan beritahu sesiapa...

Tapi, kita sebagai insan yang lemah di muka bumi ALLAH ini, akur dan redha dengan apa yang di takdirkan olehNYA...Kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...Orang lain nampak kita tiada masalah dengan kawan, tetapi dalam diam kita ada masalah dengan dia...

Sedih sangat kalau dapat kawan yang kita percaya 100% dan telah anggap seperti kakak atau pun adik, tapi dalam diam dia tikam kita dari belakang...Sedih sangat-sangat...Tapi dalam hati kita tetap sayang dia kerana dia sayangkan kita dalam hati dia yang tersembunyi tanpa orang lain ketahui...

Kita maafkanlah kawan yang selalu tikam kita dari belakang dan talam dua muka, kerana jika kita dendam sampai bila pun apa yang kita dapat...Serahkanlah segalanya kepada ALLAH untuk menguruskan semuanya...ALLAH itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...Kita hanya merancang, tapi TUHAN yang menentukan...

Kita cuma berfikir, kenapa kawan kita tikam dari belakang dan talam dua muka...Mungkin dia iri hati dan cemburu akan kita...Tapi dalam diam, kita selalu puji dia untuk orang lain menerima dia seperti mana orang lain menerima kita...Tapi janganlah heboh pada orang bahawa kitalah yang selalu memuji dia untuk meminta dikenang atau diminta dipuji balik...Tapi dengan niat kerana ALLAH S.W.T. dan kita sayang akan persahabatan ini...

Suatu hari, kawan yang selalu tikam dari belakang dan talam dua muka itu akan sedar atas kesilan dia pada kita...Ketika itu ita janganlah berdendam malah menerima dia semula seperti mana kita menerima dia mula-mula kita ingin berkawan dengannya...

No comments: