Tuesday, September 15, 2009

Cintakan ALLAH Sebagai Sumber Kekuatan

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh.

Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup. Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah taala. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya.

Lebih sesuai untuk menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w.,

“ Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.” Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..



Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan ‘syurga’ dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, syaitan, juga syaitan manusia.

Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan relisi kita dengan Tuhan.

Tuhanlah matlamat kita.

Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana?

Tidak lain tidak bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq. Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.

Cinta kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud. Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul.

Zuhud dalam ertikata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan akhirat.
Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan.

Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah taala.
Namun sekiranya lar-lar harta itu membuatkan kita semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan ini bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.

Firman Allah, “Kekayaan telah melalaikanmu,” ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah.

Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!

Kenapa perlu berzuhud? Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara.

Antaranya:

PERTAMA


Ia berpura-pura kekal bersama kita.

Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, “ Selamat tinggal,” kepada kita.

Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

KEDUA

Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat.

Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa. Inilah wajah dunia.



Senjata seterusnya untuk membentengi iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah taala ialah tafakur. Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali!

Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal.

Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu? Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.

Harta semakin betimbun rimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu.

Kelak tidak berharga serimis pun! Kepedihan meninggalkan dunia, di akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninggalkan dunia, di akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah. Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU : Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA: Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

TIGA : Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT:Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA : Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM : Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.
Janganlah teragak-agak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya. Amien.

Wallahu'alam.

(Rujukan: Al-Hub ila Allah karangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi , Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutalib)

Zakat Fitrah Rahmat Aidilfitri Untuk Orang Miskin

Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan. Ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua'fa (orang lemah).

Jelasnya, dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin. Zakat fitrah adalah tuntutan yang wajib ditunaikan apabila seseorang memenuhi syaratnya. Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada Ramadan segantang tamar atau segantang gandum atas orang Islam sama ada hamba sahaya atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar."

Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima. Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat. Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.

Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar. Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat. Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.



Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: "Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagai menyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan untuk menjadi makanan pada orang miskin." Islam menetapkan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang mengambil mudah kewajipan berzakat fitrah. Mereka terlupa mengeluarkannya hingga tiba Aidilfitri. Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri. Perkara ini ada disebut Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; "Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkan ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya. Dengan segera mengeluarkan zakat, wang itu dapat diagihkan segera kepada mereka yang memerlukan dan berhak menerimanya.

"Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, muallaf yang dijinakkan hatinya dan hamba yang ingin membebaskan diri (diberi peluang menebus diri tetapi tidak mampu), orang berhutang. Orang yang berjuang di jalan Allah dan orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan, sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Saturday, September 05, 2009

MATAHATI

Rasulullah S.A.W. mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya al-Akra' bin Habis al-Tamimi, maka al-Akra' berkata: "Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka." Maka Rasulullah memandangnya kemudian berkata: "Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang.

Tip untuk Kekasih
  • Kasihlah kerana ALLAH, itulah kasih yang sejati dan abadi.
  • Kasihi dahulu, kemudian baru dikasihi.
  • Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tiada akan berpanjangan.
  • Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menuntut balasan.
  • Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi.

Hakikat Puasa

Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa perlu dizahirkan dalam lima perkara iaitu:

  • Penglihatan : merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati ALLAH.
  • Lisan : lidah perlu dipelihara daripada berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
  • Pendengaran : menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.
  • Anggota yang lain : menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya daripa melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain.
  • Hati : setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima ALLAH perlu menghiasi ibadah puasa.

Adab Bersedekah

  • Menyembunyikan sedekah
Ibarat tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan. Firman ALLAH, "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu." (Surah al-Baqarah 2 : 271)

  • Tidak menyebut-nyebut
Perbuatan mengungkit sedekah yang telah diberikan ibarat menghapuskan kebaikan yang telah dibuat. Firman ALLAH, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-neyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)." (Surah al-Baqarah 2 : 264)

  • Sedekahkan sesuatu yang terbaik
Firman ALLAH, "Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya." (Surah al-Baqarah 2 : 267)

  • Menganggap sedekah kita kecil
Jika kita merasakan apa yang diberi sesuatu sumbangan yang besar, dikhuatiri wujud sifat dan riyak dalam diri.

  • Sedekah kepada yang memerlukan
Memberikan sedekah kepada orang yang melakukan ketaatan, orang yang baru masuk Islam atau kepada orang yang diharap akan mendapat hidayah dari ALLAH untuk masuk Islam.

Thursday, August 06, 2009

Jangan Bersedih - Jadilah wanita yang paling bahagia



Selamat Datang...!

Selamat datang...
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu'.

Selamat datang...
Saudariku yang berhijab (berjibab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang...
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang...
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang...
Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala ALLAH, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.

Selamat datang...
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang...
Saudariku yang meneladani Aisyah (isteri firaun), Maryam dan Khadijah.

Selamat datang...
Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang teremuka.

Selamat datang...
Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang...
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram...

Ya...!

Ya...dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

Ya...dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syari'at dan menghapus semua rasa dengki.

Ya...dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar.

Ya...dengan kesediaanmu duduk bersama bersama al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya...dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan sua memperbaharui taubat.

Ya...dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya...dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan ALLAH, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya...dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada ALLAH, menyukai pengalaman agama dan menghormati norma-norma etika.

Ya...dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim.

Ya...untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntutan.

Tidak...!

Tidak...anda tidak akan menyia-nyiaan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya.

Tidak...anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkan dengan mengorbankan kesihtan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Tidak...anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Tidak...anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak...anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang-orang yang menganggur dan membuang-buang waktu untuk hal yang sia-sia.

Tidak...anda tidak akan mengambil sikap tidak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

Tidak...anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak...anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak...anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya.

Tidak...anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

Monday, July 27, 2009

Adakah anda berdua pasangan serasi?

Pasangan yg urutan lahirnya btolak blkg,biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sgt baik dlm khidupan pkahwinan. Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Berhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan Ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan. Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.

Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”

Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak/abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang. Jgn biarkan pasangan anda berkata, ”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya. Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bg anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga. Jika Ada masalah,selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yg lahir sbg anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu. Dlm hal ini, mrk saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Krn setiap org mempunyai kelemahan, tetapi ia harus, diperbaiki dgn cara sebaik mungkin. Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Spt surat, kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sbgnya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative. Sentiasa menghormati pasangan. Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal. Jgn menangis atau ketawa sendirian.

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajiban masing2. Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sdh pasti sglnya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lidah, sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah. Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan, agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini. Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi sgl apa yg mendatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.

Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bgmn pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dgn kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk, bukannya anak panah.

Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"